Friday, November 21, 2008

Kesilapan Lepas takkan berulang lagi

Hendak saja aku biarkan
Tapi hati sedih jadi pedih dan kemudian jadi sakit
Memang kita ini hanya manusia biasa

Tahukah kau beberapa tangkai persahabatan telah terputus sejak kehadiranmu?

Aku beritakan kepadamu
Namun, kau diam membisu
Bukan kata maaf yang aku harapkan tetapi usahamu untuk menjernihkan suasana
Kau hanyut dalam dunia ego mu
Aku tidak tahu bagaimana kau meneruskan kehidupan setelah mengetahui kesilapan yang lalu
Aku tidak mengerti mengapa kau biarkan salah faham itu berterusan
Sedangkan ianya berpunca dari kau juga

Tenteramkah jiwamu?

Lalu aku rumuskan bahawa sesetengah manusia itu memang bersikap seperti semak dalam belukar
Hanya melepaskan pucuk masing-masing
Ataupun telunjuk lurus kelingking berkait
Bicaramu lembut gigi dari lidah tetapi hatimu tidak dapat aku pastikan keikhlasannya

Benar kata orang
Kekasih senang dicari
Tapi teman baik memang payah untuk ditemui
Kau bukan kedua-duanya buatku
Bukan lagi kekasih dan bukan juga teman ku

Namun apa yang berlaku sememangnya satu sempadan buat diriku
Tiada apa lagi yang aku harapkan darimu
Tidak secebis berita
Tidak juga sebuah pertemuan

*GTH*


"Kesal aku kesal....
Kawan-kawan maafkan aku!
Sumpah takkan ku ulangi lagi
Aku tahu aku dah banyak buat silap
Hanya sebab seorang lelaki yang bodoh
Aku abaikan kawan-kawan aku
Kalau dulu kekasih di tempat yang kedua di hati
Tapi sekarang aku tempatkan kawan-kawan aku di tempat itu
Huh?Siapa di tempat yang pertama?

Tentunya Keluarga aku!
babah,mama,adek-adek & kakak aku *aku cinta mati sama mereka*"


Kini aku kembali ke pangkuan mereka..kawan-kawanku
Syukur aku punya kawan-kawan yang memahami...terima kasih untuk segalanya.

Tiada yang lebih indah dari persahabatan...percaya lah cakap aku!

-gadis brutal yang kini semakin matang kesal dengan percintaan lama-

No comments: